Sunday 21 July 2013

Mash Potato Ala KFC



Bahan-bahan untuk Mash Potato :

6-8 biji kentang yang bersaiz besar

3 sudu besar mentega


1/2 cawan susu segar
Garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.
2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
(p/s: Susu segar perlu dimasukkn sedikit demi sedikit agar gebu dan lembut. Boleh ditambah kuantitinya sekiranya mahukan rasa yang berlemak dan tekstur kentang yang lebih lembut.. Jangan terlebih sampai embik dan cair!)



Gravvy Sauce

Bahan-bahan :

650 ml air

1 biji bawang Holland / bawang besar - blend halus

4 ulas bawang putih - blend halus
1 kiub Pati Ayam

4 sudu besar mentega

2 sudu olive oil
3 sudu besar tepung jagung - bancuh terlebih dahulu

2 sudu besar sos tiram

daun parsli, lada sulah & lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa

Cara -cara :

1. Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair dan diikuti masukkan olive oil. Tumis bawang sehingga naik bau (jangan garing!). Masukkan tepung jagung sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.
2. Masukkan sos tiram, kiub ayam dan kacau sebati. Tuangkan air sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.
3. Saya masukkan kicap pekat setengah sudu besar untuk warna gravvy yang menarik. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
4. Masak sehingga pekat. Dan masukkan daun parsli dan juga lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa.
5. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

6. Ketika ini kacau kuah agak lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.
p/s: Walaupun telah letak kicap namun kepekatan warna kuah mashed potato ini tidaklah terlalu pekat/gelap.. Tempoh memasak kuah ini dengan lebih lama akan memekatkan lagi warna dan rasa kuah ini spt kfc! 

SIAP!!




No comments:

Post a Comment