Sunday 21 July 2013

Cara Membuat Durian Crepe

Bahan Crepe
  • 4 tbs tepung gandum
  • 4 tbs tepung ubi
  • 2 tbs tepung jagong
  • 2 tbs tepung kastard
  • 2 biji telur - saya guna telur saiz B
  • 2 tbs minyak/butter dicairkan- saya guna minyak masak je
  • 2 tbs gula halus
  • 1 cawan susu segar
  • 3 tbs air
  • secubit garam
  • pewarna kuning
  • Isi durian tanpa biji

Cara
  1. Satukan semua jenis tepung dan ayak dalam satu bekas.
  2. Lepas tu campurkan dengan semua bahan lain.Kacau hingga hingga sebati
  3. Tapis dan letakkan pewarna.
  4. Sediakan kuali nonstik untuk membuat crepe
  5. Panaskan kuali untuk elak crepe melekat.
  6. Kemudian perlahankan api ke sederhana
  7. Sapukan kuali dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
  8. Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
  9. Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
  10. Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
  11. Buat sehingga habis adunan
  12. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
  13. Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti melekat
  14. Siap crepe.
Membuat filling untuk durian crepe

Bahan:
  • 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1 tbs tepung kastard atau tepung jagung
  • 1/4 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 1 tbs
  • 2 biji telur -saiz D ( resepi asal guna telur kuning sahaja , saiz A...)
  • 1 1/2 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
  • 1 tbs butter
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • 200 ml Non Dairy Whipping Cream 

Cara
  1. Satukan tepung kemudian ayak dalam satu bekas, pastu masukkan gula 
  2. Masukkan 2 biji telur dan 1 cawan susu.  
  3. Kacau hingga adunan sebati
  4. Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
  5. Kacau rata
  6. Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
  7. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
  8. Bila ia dah meletup-letup baru tutup api
  9. Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
  10. Biarkan ia sejuk
  11. Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Selepas 
crepe dah sejuk, filling dah ready
Letakkan sekeping crepe
Letakkan krim kastard di atasnya
Kemudian letakkan isi durian
Tutup kembali denga krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin
Siap!!

No comments:

Post a Comment